Gerak Malaysia

Bersama kita menangani wabak COVID-19

Definisi Utama

Kecemasan
Situasi yang menyebabkan risiko serta-merta terhadap kesihatan, nyawa, harta atau alam sekitar.
Aktiviti-aktiviti Perlu
Aktiviti-aktiviti yang dirasakan penting oleh pihak berkenaan.
Membeli Keperluan Harian
Aktiviti-aktiviti yang dirasakan penting oleh pihak berkenaan. Ini termasuk membeli barangan runcit atau makanan. Pembeli harus berada dalam lingkungan radius 10KM daripada alamat kediaman.
Perjalanan Antara Negeri
Perjalanan sehala dari satu negeri ke negeri yang lain, sebagai contoh dari Selangor ke Kedah .
Selangor ke Kedah Rawatan Perubatan
Pengurusan dan penjagaan pesakit untuk menangani penyakit atau gangguan. Ini termasuk temu janji atau rawatan Doktor.

A

Aktiviti-aktiviti Perlu
Aktiviti-aktiviti yang dirasakan penting oleh pihak berkenaan.
Android
Sistem operasi mudah alih berdasarkan versi kernel Linux yang telah diubah suai dan perisian sumber terbuka (open source software) yang lain, dibangunkan untuk peranti mudah alih skrin sentuh seperti telefon pintar dan tablet.
App Gallery
Stor aplikasi mudah alih rasmi HUAWEI. Layari dan muat turun aplikasi yang disukai .
App Store
Platform pengedaran digital yang dibangunkan oleh Apple Inc. bagi aplikasi mudah alih dalam sistem operasi iOS. Stor ini membolehkan pengguna melayari dan memuat turun aplikasi yang dibangunkan dengan kit pembangunan perisian iOS oleh Apple.
Apple
Syarikat teknologi multinasional dari Amerika Syarikat beribu pejabat di Cupertino, California yang mereka, membangun dan menjual barangan elektronik pengguna, perisian komputer dan perkhidmatan dalam talian.

C

COVID-19
Penyakit Coronavirus COVID-19 merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh coronavirus yang baru dijumpai.

D

Data Peribadi
Juga dikenali sebagai maklumat peribadi atau maklumat kenal pasti peribadi (personally identifiable information) merupakan apa jua maklumat berkaitan dengan mereka yang dikenal pasti. Contoh Data Peribadi termasuk Nama, Nombor Kad Pengenalan, Alamat, dan lain-lain.

G

Gerak Malaysia
Gerak Malaysia adalah aplikasi mudah alih yang membenarkan pengguna untuk memohon permit bagi membolehkan mereka meninggalkan rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

I

Individu Dalam Pemerhatian (PUS)
Individu yang dipantau kerana mempunyai sejarah perjalanan 14 hari sebelumnya.
Individu Yang Disiasat (PUI)
Individu yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi mendapat COVID-19 kerana baru pulang dari luar negara atau telah menghadiri perhimpunan besar-besaran dalam masa 14 hari sebelumnya sebelum adanya simptom.

K

Kata Laluan Sekali (One Time Password/OTP)
Juga dikenali sebagai pin sekali guna atau kata laluan dinamik, OTP merupakan satu kata laluan yang hanya sah untuk satu sesi log masuk atau transaksi, dalam sistem komputer atau peranti digital. OTP akan digunakan semasa pendaftaran aplikasi. Ia juga digunakan untuk mengesahkan bahawa nombor telefon yang dikemukakan adalah betul
Kecemasan
Situasi yang menyebabkan risiko serta-merta terhadap kesihatan, nyawa, harta atau alam sekitar.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Satu Kementerian dalam Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap sistem kesihatan: perilaku kesihatan, barah, kesihatan awam, pengurusan kesihatan, penyelidikan perubatan, penyelidikan sistem kesihatan, ubatan respiratori, promosi kesihatan, pelancongan rawatan kesihatan, peranti perubatan, pengumpulan darah, kawalan penyakit kusta, penyelidikan klinikal, penjagaan kesihatan, penjagaan pergigian, institusi kesihatan, makmal, farmaseutikal, keselamatan pesakit.
Kod QR
Kod Quick Response (QR) merupakan tanda dagangan bagi sejenis kod bar matrik (atau kod bar dua dimensi). Kod QR akan diberikan setiap kali seseorang individu memohon permit. Pemohon boleh menggunakan Kod QR di sekatan jalan raya bagi memudahkan perjalanan.

M

Membeli Keperluan Harian
Aktiviti-aktiviti yang dirasakan penting oleh pihak berkenaan. Ini termasuk membeli barangan runcit atau makanan. Pembeli harus berada dalam lingkungan radius 10KM daripada alamat kediaman.
Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Satu agensi persekutuan bawah Jabatan Perdana Menteri. MKN merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan menyelaraskan pelaksanaan dasar-dasar yang berkaitan dengan keselamatan Malaysia.

P

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Infeksi kepungan (cordon sanitaire) yang dilaksanakan sebagai satu langkah pencegahan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menangani pandemik COVID-19 di negara ini bermula 18 Mac 2020.
Perjalanan Antara Negeri
Perjalanan sehala dari satu negeri ke negeri yang lain, sebagai contoh dari Selangor ke Kedah.
Perkongsian Peranti
Membenarkan lokasi GPS sesuatu peranti mudah alih memancarkan data tersebut kepada sesuatu perkhidmatan. Lokasi GPS adalah penting untuk pengesahan alamat dan membolehkan pengguna membuat permohonan permit dan mendapatkan kelulusan.

R

Rawatan Perubatan
Pengurusan dan penjagaan pesakit untuk menangani penyakit atau gangguan. Ini termasuk temu janji atau rawatan Doktor.

S

SMS
Khidmat Pesanan Ringkas (Short Message Service) adalah komponen perkhidmatan pesanan teks kebanyakan telefon, Internet dan sistem peranti mudah alih. Ia menggunakan protokol komunikasi standard bagi membolehkan peranti mudah alih bertukar-tukar pesanan teks ringkas.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Sebuah badan kawal selia yang berperanan utama untuk mengawal selia industri komunikasi dan multimedia berdasarkan punca kuasa yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, [1] Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,[2] dan Akta Perdagangan Strategik 2010 .